Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

Kelab Pencinta Alam SMK Darul Ehsan meneruskan program mengumpul minyak masak terpakai tahun ini. Sehubungan itu orang ramai yang yang tinggal berhampiran dengan sekolah digalakkan menghantar minyak masak terpakai untuk di kitar semula. Minyak masak yang dihantar boleh dituang dalam tong yang disediakan. Mariah kita sama-sama membantu usaha murni sekolah untuk kitar semula minyak masak terpakai demi mempertahankan kelestarian alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini boleh hubungi Cikgu Ayadurai di talian 012- 210 7091.

Terima kasih.

en_USEnglish
Enable Notifications OK No thanks