Bantuan Sejahtera

Seluruh negara sedang mengalami kekalutan dan kegawatan disebabkan Wabak Pandemik COVID-19 yang sudah masuk tahun ke-3 ini. Program Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada Mac 2020 telah merencatkan situasi ekonomi penduduk di Bandar dan di desa.

 

Program bantuan makanan bermula secara kecil-kecilan di Lembah Klang kini telah berjaya dikembangkan ke seluruh Negara oleh pelbagai kelompok komuniti, individu dan dermawan yang turut dibantu oleh organisasi seperti Bakti Kasih Malaysia, Lauk Food Delivery dan Pertubuhan Ikram Malaysia.

 

Program bantuan ini dikhususkan untuk membantu golongan yang terkesan disebabkan Wabak Pandemik seperti golongan Asnaf, Warga Tua, OKU dan mereka yang kehilangan pekerjaan. Antara barangan keperluan yang disediakan buat penerima adalah Beras, Telur, Bihun, Kentang, Bawang, Indo Mie, Tepung Gandum, Teh, Kopi, Gula, Garam, Sardin dan Susu Pekat.

 

Lokasi program terbaru kami di Flat Puchong Permai, Selangor untuk 110 keluarga dari pelbagai bangsa untuk menerima manfaat dibantu oleh wakil komuniti En. Zaihasri. Usaha ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan beban buat keluarga yang terkesan.

 

Kami berterima kasih kepada para penderma dan juga sukarelawan yang terlibat dalam program Bantuan Makanan Sejahtera Malaysia ini. Ucapan terima kasih juga buat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Petaling dan PDRM diatas kelancaran menjayakan program ini.

Donation for Affected Communities Nationwide

for 1 family and more
for 5 families
for 10 families

We welcome for any organisation to participate in this initiative.

#sejahteramalysia
#sejahterafoodbasket
#kitajagakita

Location Sponsor
(50 families)

Location Sponsor
(100 families)

For more information about this initiative please email to [email protected] or Whatsapp Mr. Qaiyum at 014-2345807

en_USEnglish
Enable Notifications    OK No thanks