Program Pengumpulan Fabrik Terpakai

Program pengumpulan fabrik terpakai merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Pencinta Alam SMK Darul Ehsan. Aktiviti ini dijalankan sejak tahun 2018 dengan kerjasama Kloth Care dan LLM. Sehingga kini warga SMK Darul Ehsan berjaya mengumpul 2,730 kg fabrik terpakai. Ini adalah merupakan komitmen warga SMK Darul Ehsan bagi menyelamatkan fabrik terpakai daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah.

Sebahagian daripada fabrik yang dikumpul dihantar ke kilang untuk dikitar semula manakala selebihnya disumbangkan kepada rumah anak yatim.

Ekoran kejayaan projek ini pada tahun lepas, maka tahun ini Kelab Pencinta Alam menjalinkan kerjasama dengan pihak RCOMM Lestari bagi meneruskan usaha pelestarian alam ini.

Kami berharap semua pihak termasuk komuniti tempatan menyokong inisiatif Kelab Pencinta Alam bagi melahirkan budaya kitar semula fabrik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Orang ramai yang ingin menyumbang fabrik terpakai dikehendaki masukkan fabrik tersebut dalam beg plastik dan tulis nama pada beg plastik tersebut. Fabrik tersebut boleh serahkan di pondok pengawal sekolah.

Kerjasama orang ramai amat dihargai.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini boleh hubungi Cikgu Ayadurai di talian 012- 210 7091.

Terima kasih.

ms_MYBahasa Melayu
Enable Notifications OK No thanks