Kempen bermula sekarang dan akan berakhir di acara kemuncak pada 19 September 2020 di seluruh Malaysia.
#kekalbersih
#sejahteramalaysia
#worldcleanupday
Inisiatif Kempen Kekal Bersih Sejahtera Malaysia berlaku di 70 lokasi pada tahun 2019. Lebih kurang 50 ribu sukarelawan telah terlibat pada tahun lepas. Beberapa Negeri terpaksa melakukan pembatalan aktiviti gotong royong kerana cuaca berjerebu yang agak teruk melanda di negara kita pada waktu itu.
Hampir 32,000 kg sampah daripada pelbagai jenis telah berjaya dikutip oleh sukarelawan komuniti yang terlibat dari pelbagai lapisan masyarakat.
Pada tahun 2020 ini RCOMM Lestari dengan sukacitanya mempersembahkan inisiatif berterusan Program Agenda Nasional untuk Malaysia iaitu “Sejahtera Malaysia” dan salah satu program di dalam Sejahtera Malaysia ialah Kempen KEKAL BERSIH Sejahtera Malaysia yang akan dilaksanakan serentak diseluruh Malaysia bermula sekarang sehingga 19 September 2020
Konsep Kekal Bersih yang dilaksanakan oleh RCOMM Lestari memberi fokus kepada penyertaan komuniti setempat yang wajib membersihkan kawasan persekitaran mereka. Kita ingin mengubah budaya sebelum ini menyediakan sukarelawan dikalangan pelajar sekolah atau warga universiti untuk membersihkan kediaman masyarakat tetapi tidak ada komitmen penyertaan daripada komuniti.
Aspek yang utama ialah nilai tanggungjawab bermula daripada individu dan penyertaan sepenuhnya daripada komuniti.
Konsep Kekal Bersih ini dapat memupuk perpaduan, memberi pendedahan kepada pelajar tentang penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Pendedahan sisa audit melalui pengasingan sisa pepejal yang berhemah untuk mencapai data yang holistik.
Negeri Terlibat
Negeri | Lokasi | Sukarelawan | Pihak Terlibat |
WP Kuala Lumpur | 3 | 1,153 | SWCorp, Alam Flora, DBKL, KWP |
Selangor | 6 | 3,343 | UIA, Jungle School Gombak, JAKOA, KDEB, PETRONAS |
Perak | 2 | 2,184 | PBT, Global Peace |
Penang | 3 | 3,006 | PBT, Project Stop |
Kedah | 5 | 2,561 | MDSP, Pasak, UUM |
Perlis | – | – | – |
Kelantan | – | – | – |
Terengganu | 1 | 743 | Persatuan Penduduk, Yayasan Petronas |
Pahang | 2 | 729 | PBT, IIUM, Alam Flora, Yayasan Hasanah |
Johor | 3 | 4,012 | PBT, SWCorp, MOE |
Melaka | 1 | 2,111 | PBT, MOE |
Negeri Sembilan | – | – | – |
Sabah | 25 | 17,502 | DBKK, AADK, PDRM, Bomba, Combi, KRT, RELA, UPPM, UMS |
Sarawak | 19 | 11,420 | PBT, PGPB |
JUMLAH | 70 | 48,768 | – |
Jumlah Kutipan
Jenis Sampah | Berat Kutipan (kg) |
Plastik | 6,218 kg |
Kertas | 2,400 kg |
Kadbod | 1,500 kg |
Kaca | 7,500 kg |
Lain-lain | 13,042 kg |
JUMLAH | 32,860 kg |
Sekiranya berminat mahu mengadakan pembersihan di kawasan komuniti bersempena dengan kempen ‘KEKAL BERSIH SEJAHTERA MALAYSIA‘ bermula sekarang sehingga 19 September 2020 boleh hubungi kami di 016-287 4772 (Marina) / 017-667 3905 (Safawati) atau emailkan ke [email protected]
Gambar Aktiviti
Sekiranya berminat mahu mengadakan pembersihan di kawasan komuniti bersempena dengan kempen ‘KEKAL BERSIH SEJAHTERA MALAYSIA‘ boleh hubungi kami di 016-287 4772 (Marina) / 017-667 3905 (Safawati) atau emailkan ke [email protected]