5 AGENDA SEJAHTERA
1. Tanggungjawab dan Etika
Tanggungjawab adalah suatu bentuk sikap dan perilaku seseorang dalam melaksananakan tugas dan kewajipannya bermula dengan pencipta, diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar.
Etika adalah berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku dalam kehidupan seharian.
2. Kepimpinan dan Jati Diri
Kepimpinan adalah suatu proses menggerakan sekumpulan manusia menuju pada suatu yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Melatih ke peringkat akar umbi untuk melahirkan pemimpin di kalangan komuniti untuk menggerakkan aktiviti bersama masyarakat setempat.
Jati diri merujuk kepada sifat atau ciri yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya. Mencerminkan lahiriah individu dan masyarakat. Keteguhan hati serta kekuatan jiwa seseorang.
SIFAT-SIFAT KEPIMPINAN
- Berpengetahuan
- Berkeyakinan
- Berintegriti
- Bertolak Ansur
- Berkemahiran
3. Penjagaan & Pemuliharaan Alam Sekitar
- Pengurusan sisa berhemah
- Memelihara sungai & laut dari tercemar
- Mendapat sumber air bersih yang tidak tercemar
- Mengelakkan kepupusan flora & fauna
- Mengelakkan suhu bumi meningkat yang menyebabkan pemanasan global
4. Mewujudkan Peluang Ekonomi & Kerjaya
- Melatih usahawan muda
- Meningkatkan sosio ekonomi khusus kepada golongan B40
- Mewujudkan jaringan bersama antara pihak IKS, agensi berkaitan, serta ikon usahawan yang berjaya dengan mengadakan bengkel, latihan dan praktikal
5. Mengekalkan Warisan & Budaya
- Melambangkan identiti sebuah negara
- Mencerminkan budi pekerti masyarakat Malaysia
- Memupuk perpaduan Negara
- Menarik minat pelancong luar
- Mengekalkan kesinambungan tamadun
ASPIRASI SEJAHTERA
1. Memelihara, mengekalkan, mempromosikan serta membangunkan warisan budaya dalam masyarakat tempatan melalui pembangunan jati-diri, penyelidikan serta panduan.
2. Memberi inspirasi kepada gaya hidup masa depan dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran dalam mengaplikasikan sumber-sumber semulajadi, teknologi yang mampan demi melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang.
3. Mengamalkan nilai murni konsep 5 teras sebagai amalan kehidupan masyarakat untuk memimpin komuniti bagi melahirkan masyarakat lestari.