Home

Maksud Sejahtera

SEJAHTERA itu merujuk kepada gaya kehidupan yang lestari, melaksanakan program yang berterusan, adaptasi nilai- nilai murni dalam amalan kehidupan seharian serta mengubah sikap dan tingkahlaku manusia.

SEJAHTERA adalah perjalanan kesejahteraan masyarakat yang diinginkan dengan kerjasama semua pihak untuk mencapai masyarakat yang berteraskan gaya hidup lestari.

5 Teras Sejahtera

Kesukarelawan

Tanpa semangat keinginan dan penglibatan sukarelawan, agak sukar untuk mana-mana NGO menyampaikan hasrat yang dirangka. Penglibatan sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia, kaum & agama.

Kerjasama

Seluruh masyarakat perlu ada sikap kerjasama kerana tanpa penyatuan, agenda pelestarian tidak dapat dilaksana. Hanya dengan kerjasama dapat membantu ke arah yang positif. Bermula dari pembentukan pasukan sehingga menterjemah misi lestari yang dibawa

Pemerkasaan Masyarakat

Menjurus ke arah positif dalam membentuk kesedaran komuniti terhadap penjagaan alam sekitar dan pelan perancangan teliti yang perlu diatur

Perkongsian Ilmu

Melalui kempen, seminar dan bengkel yang dilaksanakan, ianya mampu untuk memberi pemahaman mendalam melalui pelaksanaan program yang holistik

Data

Penglibatan masyarakat haruslah diiktiraf dan diangkat, seterusnya menjadi kayu ukur sebagai rujukan dan panduan untuk masa akan datang


SDG Tracker

Measuring progress towards the Sustainable Development Goals

SDG Tracker presents data across all available indicators from the Our World in Data database, using official statistics from the UN and other international organizations. It is a free, open-access publication that tracks global progress towards the SDGs and allows people around the world to hold their governments accountable for achieving the agreed goals.


Kalendar Aktiviti Sahabat Komuniti Sejahtera 2021

Program Bantuan Makanan Sejahtera Malaysia

Program bantuan makanan bermula secara kecil-kecilan di Lembah Klang kini akan dikembangkan ke seluruh Negara bermula bulan Jun 2021 sehingga tamat tempoh Program Kawalan Pergerakan. Program bantuan ini dikhususkan untuk membantu golongan yang terkesan disebabkan Wabak Pandemik COVID-19 ini disebabkan kehilangan pekerjaan dan sumber rezeki harian.

Sebarang pertanyaan mengenai program bantuan makanan ini boleh emailkan ke [email protected] atau Whatsapp En. Qaiyum (014-2345807)

Disokong Oleh


Rakan Strategik
University Kebangsaaan Malaysia

Sahabat Sejahtera
Yayasan Petronas
Yayasan Sejahtera
Yayasan Hasanah

ms_MYBahasa Melayu
Enable Notifications    OK No thanks