RCOMM Lestari merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) yang fokus memberi pendidikan kepada masyarakat setempat dengan mengadakan pelbagai program pengurusan sisa berhemah dalam usaha meningkatkan peratusan kitar semula di Malaysia bermula dari 2010.
- 3R ( Reduce, Reuse, Recycle )
- Baja Kompos daripada Sisa Makanan
- E – Waste
- Tanaman Kebun Hijau
- Sisa Audit
- Kempen Tekstil
- Kempen Kesedaran Produk Mesra Alam
- Gotong Royong serta Menyediakan Data
Pada tahun 2015, RCOMM Lestari telah dilantik sebagai Ketua Negara Malaysia oleh Lets Do it World Foundation, Estonia dan terlibat dengan Pembangunan Mampan UN SDGoals semenjak 2015 di Eropah mewakili Malaysia. Pada tahun 2018 buat julung kalinya telah berlangsung Lets Do it Malaysia – World Cleanup Day Malaysia secara serentak di 155 buah negara.