Kekal Bersih Sejahtera Malaysia 2020

Kempen bermula sekarang dan akan berakhir di acara kemuncak pada 19 September 2020 di seluruh Malaysia.

#kekalbersih

#sejahteramalaysia

#worldcleanupday

Kempen World Cleanup Day 2019 di Gombak, Selangor

Inisiatif Kempen Kekal Bersih Sejahtera Malaysia berlaku di 70 lokasi pada tahun 2019. Lebih kurang 50 ribu sukarelawan telah terlibat pada tahun lepas. Beberapa Negeri terpaksa melakukan pembatalan aktiviti gotong royong kerana cuaca berjerebu yang agak teruk melanda di negara kita pada waktu itu.

Hampir 32,000 kg sampah daripada pelbagai jenis telah berjaya dikutip oleh sukarelawan komuniti yang terlibat dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pada tahun 2020 ini RCOMM Lestari dengan sukacitanya mempersembahkan inisiatif berterusan Program Agenda Nasional untuk  Malaysia iaitu “Sejahtera Malaysia” dan salah satu  program di dalam Sejahtera Malaysia ialah Kempen  KEKAL BERSIH Sejahtera Malaysia yang akan  dilaksanakan serentak diseluruh Malaysia bermula sekarang sehingga 19 September 2020

Konsep Kekal Bersih yang dilaksanakan oleh RCOMM Lestari memberi fokus  kepada penyertaan  komuniti  setempat  yang  wajib membersihkan kawasan  persekitaran  mereka.  Kita ingin mengubah budaya sebelum ini menyediakan sukarelawan  dikalangan pelajar sekolah atau warga universiti untuk  membersihkan kediaman masyarakat tetapi tidak ada  komitmen penyertaan daripada komuniti.

Aspek yang utama  ialah nilai tanggungjawab bermula daripada individu dan  penyertaan sepenuhnya daripada komuniti.

Konsep Kekal Bersih ini dapat memupuk  perpaduan, memberi pendedahan kepada pelajar  tentang penjagaan dan pemuliharaan alam  sekitar.

Pendedahan sisa audit melalui pengasingan sisa  pepejal yang berhemah untuk mencapai data yang  holistik.


Negeri Terlibat

NegeriLokasi SukarelawanPihak Terlibat
WP Kuala Lumpur31,153SWCorp, Alam Flora, DBKL, KWP
Selangor63,343UIA, Jungle School Gombak, JAKOA, KDEB, PETRONAS
Perak22,184PBT, Global Peace
Penang33,006PBT, Project Stop
Kedah52,561MDSP, Pasak, UUM
Perlis
Kelantan
Terengganu1743Persatuan Penduduk, Yayasan Petronas
Pahang2729PBT, IIUM, Alam Flora, Yayasan Hasanah
Johor34,012PBT, SWCorp, MOE
Melaka12,111PBT, MOE
Negeri Sembilan
Sabah2517,502DBKK, AADK, PDRM, Bomba, Combi, KRT, RELA, UPPM, UMS
Sarawak1911,420PBT, PGPB
JUMLAH7048,768

Jumlah Kutipan

Jenis SampahBerat Kutipan (kg)
Plastik6,218 kg
Kertas2,400 kg
Kadbod1,500 kg
Kaca7,500 kg
Lain-lain13,042 kg
JUMLAH32,860 kg

Sekiranya berminat mahu mengadakan pembersihan di kawasan komuniti bersempena dengan kempen ‘KEKAL BERSIH SEJAHTERA MALAYSIA‘ bermula sekarang sehingga 19 September 2020 boleh hubungi kami di 016-287 4772 (Marina) / 017-667 3905 (Safawati) atau emailkan ke [email protected]

Gambar Aktiviti

Sekiranya berminat mahu mengadakan pembersihan di kawasan komuniti bersempena dengan kempen ‘KEKAL BERSIH SEJAHTERA MALAYSIA‘ boleh hubungi kami di 016-287 4772 (Marina) / 017-667 3905 (Safawati) atau emailkan ke [email protected]

ms_MYBahasa Melayu
Enable Notifications OK No thanks